Perubahan? Changes? Perlu ker dalam kehidupan? Hurm..perlu
bagi orang yang benar2 ingin mengubah kehidupan mereka dari yang kurang baik
kepada yang lebih baik. Sebenarnya macam2 boleh membuatkan seseorang tue untuk
berubah tapi tak gune kalau orang di sekeliling sibuk menghamburkan kata2
motivasi sebanyak berapa tan pown kalau hati orang tue tak nak berubah. Tetap
tak menjadi ok. So pokok pangkalnya adalah berbalik kepada hati kita ini.
Sebagai manusia yang diwujudkan dimuka bumi ini,kita seharusnya bersyukur
kerana dikurniakan hati,akal dan fikiran. ALLAH telah menjadikan kita sempurna
dan selengkapnya. Jadi kenapa kita tak nak gunekan semuanya dengan sebaik yang
mungkin?? Yea mungkin keadaan dunia sekarang membuatkan ramai antara kita yang
turut senang. Maksudnya Negara kita MALAYSIA sekarang nie kan takde masalah, so
warganegara nya pown berasa tenang lah. Biasala manusia bila da terhantuk baru
nak terngadah (eh2 betul ke nie?? Argh!! Lantak la janji bunyi ade, hehehe).
Berbalik pada persoalan utama,mungkin mudah kita nak ubah seseorang terutama
sekali pendirian mereka. Hati manusia susah untuk dijangka. Yea mungkin orang
tue akan menerima apa sahaja yang akan kita katakana pada dia tapi jangan kita
ingat ape yang kita curahkan pada mereka ni akan diambil sebagai panduan. Tidak
semudah itu. Ada yang lebih menyakitkan bila orang tue minta pandangan kita
untuk bagi kesedaran kepada dia tapi bila kita dah bagi “ayat baik” untuk dia,
amboi marah kita balik kata kita nak mengajar pulak. Hah! Nie satu satu lagi
bila ade orang cube untuk mengubah atau memberi nasihat kepada kita, pasti ade
yang akan mengeluarkan kata2 ini “eleh,bajet baik jerk kau nie,cam tak pernah
buat salah” “mak ayah aku pown tak bebel kau pulak lebih2” “kau jangan nak buat
alim sangat la” “ape kau ingat kau tue ustaz”. Nah, itu la manusia. Tak boleh
nak terima nasihat orang. Sepatutnya jika kita dihadirkan dengan kehadiran
seseorang yang mampu mengubah kita,seharusnya kita menghargai mereka ini malah
kita minta mereka ini membimbing kita bersama untuk berubah. Tapi bukan semua
orang mampu berfikir begini. Mungkin sukar untuk melakukan perubahan secara
menyeluruh tapi sebaiknya bermula la dengan perlahan, insyaallah ALLAH pasti
akan membantu kita. Percayalah banyak kebaikan akan diperolehi andai kita mampu
membuat perubahan yang membuat ke arah kebaikan.
“hidup tidak boleh
berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu
dengan baik berlandaskan kenyataan”
Kata2 yang memberi
seribu makna andai kita mampu menyelami dan menghayati makna yang tersirat di
sebalik kata2 ini.
-sempena menyambut
MAAL HIJRAH nie, sama2 lah kita bermuhasabah sebentar,tak perlu lama cuku dalam
masa 20 minit mengenang kembali ape yang kita lakukan sebelum ini, adakah penuh
dengan dosa ataupun pahala..wallahhualam..sama2 la kita membuat satu perubahan
yang mampu mengubah nasib kita di dunia mahupun di akhirat..insyaallah-

No comments:
Post a Comment