Monday, 26 November 2012

WaRkAh


Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa mimpimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Begini hingga tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku
Tapi aku melepaskanmu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada
#WARKAH(BAU)

-kehadiran yang suatu masa dulu mendatang sinar baru,dan mengharapkan ade kebahagiaan menanti. Tapi benarlah kebahagiaan yang datang Cuma sementara. Seperti semalam segala2 nya bermula,dan hari ini menjadi kisah duka. Bukan menyalahkan mana-mana pihak,mungkin sudah menjadi suratan. Kematangan membuat diri bertambah tabah walau terpaksa menebal muka mencari penyelesaian namun akhirnya tiada juga jawapan untuk penyelesaian. Mungkin takdir telah menetapkan cerita kita tergantung disini. Diri ini tersenyum lega setelah sekian lama tidak menatap wajah,walaupun dalam keadaan yang sangat menyakitkan hati. Sejujurnya masih mengharap kehadiranmu kembali tetapi semuanya telah lagi terang kau bukan seperti yang dulu. Yea kau tahu ape yang kau buat. Aku bahagia melihat kebahagiaan kau kini. Semoga dunia barumu menjadikan mu lebih matang dalam dunia yang melibatkan soal hati dan perasaan. Dengan ini terurai sudah kisah kita, kenangan yang sedikit tapi amat bermakna dan penuh dengan kebahagiaan pasti menjadi kenangan yang takkan pernah dilupakan. Ya ALLAH aku berterima kasih kepada-MU atas mengurniakan kehadiran seorang hamba yang sudi mencurahkan kasihnya kepadaku walaupun seketika, temukanlah dia dengan orang yang benar2 boleh menjaganya dengan sempurna, tidak terdetik di hati ini lagi untuk menerima kehadirannya,dan aku lepaskan die dari hati ini kerana-Mu YA ALLAH, aku percaya Engkau telah merancang segala2 nya dan aku redha dan Pasrah dengan segala2 nya,hanya doa kebahgiaan aku dapat hadiahkan buatnya. Amin ya robb….-

*begitulah kisah seorang sahabat yang mengharapakan percintaannya berakhir dengan kebahagiaan. Namun manusia hanya mampu merancang,dan Tuhan yang menentukan segala2 nya. Sesungguhnya perancangan Tuhan lebih terancang daripada perancangn manusia. Justeru, sahabat janganlah bersedih atas kehilangan cinta ini,sesungguhnya kegagalan cinta sebenarnya membuatkan kamu lebih banyak berfikir dan matang dalam menentukan kehidupan kamu selepas ini. Percayalah andai kita melepaskan sesuatu yang benar2 sayang,insyaallah ade yang lebih baik menanti kita suatu hari nanti. Jadikan ia sebagai panduan dan jangan sesekali menyimpan dendam,teruskan dengan senyuman, tabahkan hati. Mungkin ade beberapa perkara lagi yang kamu perlu perbaiki,mungkin kegagalan ini membawa kamu untuk mendekatkan diri dengan CINTA AGUNG. Itulah perkara utama yang sepatutnya berlaku terlebih dahulu. Mungkin kurang di situ,kamu perlu mencari CINTA AGUNG! Berfikirlah dengan lebih mendalam dan jauhkan dari perasaan dengki,iri hati,dendam, dan nafsu amarahmu. Mulakan langkah dengan keyakinan yang tinggi dalam diri,pedulikan mata-mata yang cuba menggoda kamu untuk menruntuhkan semangatmu. Mulakan setiap perbuatan dengan lafaz BASMALLAH. Insyaallah mendapat syafaat. Wallahualam (^_^)v

         -------------------------------the end of the story----------------------------------------


No comments:

Post a Comment