Monday 26 November 2012

WaRkAh


Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta
Diriku tanpa mimpimu
Kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Begini hingga tak terasa
Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu
Seperti setianya terhadap diriku
Tapi aku melepaskanmu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada
#WARKAH(BAU)

-kehadiran yang suatu masa dulu mendatang sinar baru,dan mengharapkan ade kebahagiaan menanti. Tapi benarlah kebahagiaan yang datang Cuma sementara. Seperti semalam segala2 nya bermula,dan hari ini menjadi kisah duka. Bukan menyalahkan mana-mana pihak,mungkin sudah menjadi suratan. Kematangan membuat diri bertambah tabah walau terpaksa menebal muka mencari penyelesaian namun akhirnya tiada juga jawapan untuk penyelesaian. Mungkin takdir telah menetapkan cerita kita tergantung disini. Diri ini tersenyum lega setelah sekian lama tidak menatap wajah,walaupun dalam keadaan yang sangat menyakitkan hati. Sejujurnya masih mengharap kehadiranmu kembali tetapi semuanya telah lagi terang kau bukan seperti yang dulu. Yea kau tahu ape yang kau buat. Aku bahagia melihat kebahagiaan kau kini. Semoga dunia barumu menjadikan mu lebih matang dalam dunia yang melibatkan soal hati dan perasaan. Dengan ini terurai sudah kisah kita, kenangan yang sedikit tapi amat bermakna dan penuh dengan kebahagiaan pasti menjadi kenangan yang takkan pernah dilupakan. Ya ALLAH aku berterima kasih kepada-MU atas mengurniakan kehadiran seorang hamba yang sudi mencurahkan kasihnya kepadaku walaupun seketika, temukanlah dia dengan orang yang benar2 boleh menjaganya dengan sempurna, tidak terdetik di hati ini lagi untuk menerima kehadirannya,dan aku lepaskan die dari hati ini kerana-Mu YA ALLAH, aku percaya Engkau telah merancang segala2 nya dan aku redha dan Pasrah dengan segala2 nya,hanya doa kebahgiaan aku dapat hadiahkan buatnya. Amin ya robb….-

*begitulah kisah seorang sahabat yang mengharapakan percintaannya berakhir dengan kebahagiaan. Namun manusia hanya mampu merancang,dan Tuhan yang menentukan segala2 nya. Sesungguhnya perancangan Tuhan lebih terancang daripada perancangn manusia. Justeru, sahabat janganlah bersedih atas kehilangan cinta ini,sesungguhnya kegagalan cinta sebenarnya membuatkan kamu lebih banyak berfikir dan matang dalam menentukan kehidupan kamu selepas ini. Percayalah andai kita melepaskan sesuatu yang benar2 sayang,insyaallah ade yang lebih baik menanti kita suatu hari nanti. Jadikan ia sebagai panduan dan jangan sesekali menyimpan dendam,teruskan dengan senyuman, tabahkan hati. Mungkin ade beberapa perkara lagi yang kamu perlu perbaiki,mungkin kegagalan ini membawa kamu untuk mendekatkan diri dengan CINTA AGUNG. Itulah perkara utama yang sepatutnya berlaku terlebih dahulu. Mungkin kurang di situ,kamu perlu mencari CINTA AGUNG! Berfikirlah dengan lebih mendalam dan jauhkan dari perasaan dengki,iri hati,dendam, dan nafsu amarahmu. Mulakan langkah dengan keyakinan yang tinggi dalam diri,pedulikan mata-mata yang cuba menggoda kamu untuk menruntuhkan semangatmu. Mulakan setiap perbuatan dengan lafaz BASMALLAH. Insyaallah mendapat syafaat. Wallahualam (^_^)v

         -------------------------------the end of the story----------------------------------------


Friday 16 November 2012

PERUBAHAN


Perubahan? Changes? Perlu ker dalam kehidupan? Hurm..perlu bagi orang yang benar2 ingin mengubah kehidupan mereka dari yang kurang baik kepada yang lebih baik. Sebenarnya macam2 boleh membuatkan seseorang tue untuk berubah tapi tak gune kalau orang di sekeliling sibuk menghamburkan kata2 motivasi sebanyak berapa tan pown kalau hati orang tue tak nak berubah. Tetap tak menjadi ok. So pokok pangkalnya adalah berbalik kepada hati kita ini. Sebagai manusia yang diwujudkan dimuka bumi ini,kita seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hati,akal dan fikiran. ALLAH telah menjadikan kita sempurna dan selengkapnya. Jadi kenapa kita tak nak gunekan semuanya dengan sebaik yang mungkin?? Yea mungkin keadaan dunia sekarang membuatkan ramai antara kita yang turut senang. Maksudnya Negara kita MALAYSIA sekarang nie kan takde masalah, so warganegara nya pown berasa tenang lah. Biasala manusia bila da terhantuk baru nak terngadah (eh2 betul ke nie?? Argh!! Lantak la janji bunyi ade, hehehe). Berbalik pada persoalan utama,mungkin mudah kita nak ubah seseorang terutama sekali pendirian mereka. Hati manusia susah untuk dijangka. Yea mungkin orang tue akan menerima apa sahaja yang akan kita katakana pada dia tapi jangan kita ingat ape yang kita curahkan pada mereka ni akan diambil sebagai panduan. Tidak semudah itu. Ada yang lebih menyakitkan bila orang tue minta pandangan kita untuk bagi kesedaran kepada dia tapi bila kita dah bagi “ayat baik” untuk dia, amboi marah kita balik kata kita nak mengajar pulak. Hah! Nie satu satu lagi bila ade orang cube untuk mengubah atau memberi nasihat kepada kita, pasti ade yang akan mengeluarkan kata2 ini “eleh,bajet baik jerk kau nie,cam tak pernah buat salah” “mak ayah aku pown tak bebel kau pulak lebih2” “kau jangan nak buat alim sangat la” “ape kau ingat kau tue ustaz”. Nah, itu la manusia. Tak boleh nak terima nasihat orang. Sepatutnya jika kita dihadirkan dengan kehadiran seseorang yang mampu mengubah kita,seharusnya kita menghargai mereka ini malah kita minta mereka ini membimbing kita bersama untuk berubah. Tapi bukan semua orang mampu berfikir begini. Mungkin sukar untuk melakukan perubahan secara menyeluruh tapi sebaiknya bermula la dengan perlahan, insyaallah ALLAH pasti akan membantu kita. Percayalah banyak kebaikan akan diperolehi andai kita mampu membuat perubahan yang membuat ke arah kebaikan. 

 
“hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan”

 
Kata2 yang memberi seribu makna andai kita mampu menyelami dan menghayati makna yang tersirat di sebalik kata2 ini.

-sempena menyambut MAAL HIJRAH nie, sama2 lah kita bermuhasabah sebentar,tak perlu lama cuku dalam masa 20 minit mengenang kembali ape yang kita lakukan sebelum ini, adakah penuh dengan dosa ataupun pahala..wallahhualam..sama2 la kita membuat satu perubahan yang mampu mengubah nasib kita di dunia mahupun di akhirat..insyaallah-