Saturday, 28 April 2012

stresskah aku??????


Assalammualaikum
Hujung minggu yang penuh dengan kebosanan..bosan ker??
Sepatutnya penuhi masa dengan kerja2 yang berfaedah..
Xsedar diri yea banyak keje yang tak disiapkan ag..
Ish ish ape nak jadi lar kamu nie FARAHANA..
Hehehehehe..
Biasa la waktu2 cam nie la aku perlukan untuk merehatkan badan aku ni kan,,
Sebenarnya aku just release tension je lar…
So petang aku decide ngan makteh (HANIS ZAFIRAH) untuk berjalan..
Konon nak pergi sauna tapi tutup.nak naek basikal pown tutup..
Bukan rezeki kami la gamak nye..
Kalau dikira2 tinggal lagi sebulan nak final
Cepatkan masa berlalu,,,
Sebenarnya aku xsabar nak habis sem dua
Xsabar nak lari dari semua yang ada kat uum
Hahahahahahahahaha
Actually I homesick!!!!!
Really miss my hometown…….huhuhuuhuhuhuhuu
 
beriadah sambil mencari ketenangan

Monday, 23 April 2012

sudah bersediakah untuk memikul tanggungjawab?


Aku seperti tak percaya kini umur sudah meningkat..hehehe..tapi perangai seperti kanak2 lagi..
Bila da makin dewasa nie,macam orang dan hal yang akan aku jumpa lah kan
Tak kurang pulak dengan isu ALAM PERKAHWINAN…
Hahaha… nak tergelak juga bila fikir2 kan..
Mana taknya,dulu tengok makcik2 aku jer yang sibuk2 cakap pasal kawin nie..    
Serius la aku cakap aku rasa cam tak percaya aku da semakin dewasa
Bak kata nenek aku,umur aku nie da layak kawen??
Hah?? Kahwin?? Ok, dulu ade perasaan nak kawin tapi sekarang perasaan tue da makin kurang, cam mana? Hehehehhehe
Ok lah cakap pasal kahwin nie..ramai yang zaman sekarang nie sibuk nak kahwin muda..
Bagus lah tue nak kawen muda2 nie, boleh meramaikan dan menigkatkan kaum adam dan hawa dimuka bumi ni..
Memang tidak dinafikan berkahwin di usia yang awal nie bagus..kelebihan utama ialah dapat mengurang dosa. Ini disebabkan bila pasangan telah disahkan menjadi suami isteri maka halallah segala2nya untuk mereka. Maka disitu kita Nampak kelebihan nya. Mungkin cara ni dapat mengurangkan kes pembuangan bayi..sape tahu kan? Ye la zaman sekarang kan begitu ramai kaum hawa ingin menjadi IBUMUDA.
Kepada pasangan yang berada diluar sana yang sedang merancang untuk berkahwin haruslah membuat perancangan  yang benar2 rapi. Persediaan ini biarlah melibatkan dari segi batin dan zahir. Sebelum itu, pastikan diri anda tak kira sama ada lelaki atau perempuan harus memikirkan adakah anda benar2 bersedia untuk memikul satu tanggungjawab baru apabila berlakunya satu akad. Ingatlah wahai kalian, di saat tok kadi sedang melaksanakan akad nikah dengan bakal suamimu, maka turunlah satu tanggungjawab baru dimana apabila telah sah akad nikahnya, maka berlakulah pertukaran tanggungjawab dimana tanggungjawab seorang bapa kepada anak perempuannya akan dipertanggungjawabkan kepada menantu yakni suami kepada anak perempuannya. Bermula saat itu,segala2 sudah berlaku. Masing2 dengan tanggungjawab  sendiri. Jangan meletakkan niat kahwin ini untuk melepaskan nafsu semata2 tapi ingatlah sebuah perkahwinan takkan indah jika kita hanya ingin melepaskan nafsu semata2..

-kepada rakan2 saya yang diluar sana yang ingin mendirikan rumahtangga diusia yang muda ini,selamat segala2 nya dan jangan lupa untuk menjemput saya-

silapkah aku?


Aku cuba untuk jadi yang terbaik..
Aku cuba mengubah diri kearah kebaikan untuk kebaikan bersama
Aku cuba pertahankan segala2 nya
Aku cuba untuk menyelami hati dia
Aku cuba yang terbaik untuk kebahgiaan kami
Aku cuba untuk menjernihkan keadaan
Aku cuba untuk menjadikan apa yang kami impikan menjadi kenyataan????????
Aku cuba mencari ilmu sebagai perkongsian bersama..
Tapi apa yang aku dapat?
“masuk telinga kanan keluar telinga kanan”
Wwooowww sentap sangat2…
Nampak sangat selama nie hanya aku yang sibuk mencari kebenaran……
*luaskan pemikiran kita seperti mana
 luasnya laut yang terbentang di depan kita*
-aduh, bila kenang kembali aku rasa amat2lah BODOH, aku jea  yang beria2 nak bawa satu hubungan ini untuk mendapat keredhaan dari ILLAHI..tapi ternyata aku nieSYOK SENDIRI. Serius lah aku cakap aku bukan lah baik sangat. Sebab aku rasa diri aku ni penuh dengan dosalah aku cuba untuk berubah. Jauh sekali aku nak menunjuk2 yang aku nie baik. Jujurlah aku nie bukan lar seorang yang alim,tapi aku cuba untuk mengubah kehidupan aku. Kalau aku tak buat tue sume sape yang nak ubah aku? Kini aku sedar, cinta bukan jer boleh membutakan mata tapi mata hati jugak. Lihat jer la zaman sekarang berapa banyak kes buang bayi. Semua gara2 cinta, dengar pujuk rayu dari seorang yang bernama lelaki pasti aje yang si dara ini lemah dan rela menyerahkan segala2 nya. Bila da terlanjur janji sana,janji sini tapi apa guna semua tue, bagi LELAKI senang lar, tapi PEREMPUAN nie? Apa yang korang ada lepas korang da bagi semua nya kat BF korang yang kononnya  akan trus setia ngan korang walaupun da berapa kali korang buat maksiat? Sampai bila korang nak teruskan perbuatan terkutuk korang tue? Takkan xpernah terlintas langsung kat pemikiran korang dengan keduniaan sekarang nie? Buka lah mata korang, tengok lar betapa ramai sekarang semakin seronok pulak melakukan dosa kat dunia sekarang? Korang sedar tak??  Kadang2 aku juga kecewa dengan diri aku sendiri. Kecewa yang teramat sangat. Kadang2 aku terfikir apa aku nie layak ke masuk SYURGA, tapi aku tak mahu masuk NERAKA? Adakah aku layak untuk menerima cinta dari Yang Esa. Dosa yang selama nie terampunkah? Dan aku sedar bukan senang nak melakukan transformasi kalau iman kat dada nie lemah, tambah2 lagi dengan ragam manusia sekarang. Bila ade seorang sahabat ingin berubah mencari jalan kebenaran, dan cube mengajak sahabat yang lain untuk turut berubah, bukan kata semangat yang didengari tapi ye lah depan2 memang mulut manis tapi dalam hati mengutuk xkira.kenapa bila kita nak buat perubahan tue kita akan rugi ker?? Hurm ntah larh..dunia..dunia…-
*rambut sama hitam,tapi hati lain2,ade akal fikirlah sedalam2nya*

Friday, 20 April 2012

lumrah dunia

sampai bila hanya kita jer nak faham orang
tapi orang lain buat tak tahu jer padahal dia tahu apa yang dia buat tue sebenarnya da menyakitkan hati orang
yang lagi perit tue, da tahu kita tak suka dia buat cam tue lagi dia buat,..
amboi tue memang menempah maut tue..
berbalik pada pepatah "rambut sama hitam,hati lain"
yea memang tak dapat dinafikan lain orang lain ragam nya
tapi sebagai manusia yang dilahirkan yang mempunyai hati dan perasaan
fikirlah sebelum melakukan 
jangan kerana ingin mengejar popular sanggup membuka pekung di dada sendiri
ingat lar kita bukan sentiasa di atas , ini kerana ada yang lebih atas daripada kita
jangan kerana kuasa kita sesuka hati hendak menindas orang bawah
jangan fikir hanya kita sahaja berhak untuk mengeluarkan kata
kadang2 idea dari orang bawahan itulah lebih membawa manfaat
bertindak sebagai seorang yang profesional
jangan sampai satu hari nanti da terkena baru nak sedar
ingatlah kita juga dulu asal dari bawah
mungkin kerana ALLAH ingin menguji kita 
Dia memberi peluang kepada kita untuk menjadi seorang pemimpin
ketika diberi peluang,janganlah lupa diri
tapi renunglah kembali kenapa kita boleh sampai ke tahap itu.

untuk menjadi pemimpin yang disenangi rakyat
seharusnya menghindari berlakunya berat sebelah
*jangankeranakuasakitabongkak*

Thursday, 19 April 2012

bermulanya satu pendekatan

assalammualaikum dan selamat sejahtera..
alhamdulillah, akhirnya aku berjaya untuk mencipta satu tempat untuk aku meluahkan segala2 nya.
hehehehe..
sebelum nie da ade blog sendiri,cuma masa tue tak berapa nak betul sikit dalam bidang IT,dalam kata lain BUTA IT..
apa2 pun segala penulisan yang akan diterapkan dalam blog insyaallah akan berkonsepkan perkongsian, pengetahuan dan mungkin akan membincangkan isu-isu yang membawa ke arah kebaikan untuk kita bersama-sama.
ini lah wajah yang dikurniakan sejak 20 tahun yang lalu
diberi nama norfarahana dan lebih dikenali sebagai
Ismi farahana
saya seperti makhluk yang lain, dengan rasa rendah hati memohon maaf andai ada pihak yang terasa hati atau tidak bersetuju dengan penulisan saya,harap memberi feedback dengan cara teguran yang berhemah..insyaallah akan saya perbetulkan apa yang salah.