Monday, 10 September 2012

erti kehidupan AKU


Apabila aku berjalan keseorangan di lorong yang sunyi dengan udara yang sejuk dan suasana yang sangat nyaman aku betul2 berasa bahagia. Tambahan pula, saat aku berjalan terserempak dengan seorang uncle cina lalu aku menyapa dengan senyuman dan teguran “good morning,uncle”, tak ku duga keramahan aku disambut dengan baik. Aku meneruskan langkah kaki dengan senyuman dan terberhenti seketika apabila seorang aunty cina pula menegur aku. Tidak kurang jugak dengan makcik2 yang menyapu sampah tak jemu2 menegur malah turut mengusik aku. Tapi itu semua aku sambut dengan senyuman. Dari situ aku terfikir bahawa aku berasa aku sangat beruntung dilahirkan dengan kehidupan begini. Masih terngiang kata2 seorang uncle peniaga perabot “kau mungkin susah sekarang,percaya la satu hari nanti kau akan senang”. Saat menerima kata2 itu hati aku benar2 tersentuh. Hidup aku yang  serba sederhana ini benar2 mengajar aku erti kesabaran,ketabahan,persahabatan, dan kebahagiaan. Saat aku melihat orang disekeliling aku,pelbagai ragam dan gelagat. Dan dari situ aku belajar erti kehidupan dan dari pemerhatianku itu jugalah  mendewasakan aku. Aku tidak pernah sekali menyesal bergaul dengan mereka yang terdiri pelbagai status, latar belakang dan warna kulit. Ini kerana aku tahu mereka juga kejadian ALLAH dan setiap mereka ada kelebihan sendiri. Aku senang bergaul dan berkongsi apa sahaja dengan mereka, kehadiran mereka semua membuat aku berasa benar2 bahagia. Kami berkongsi segala perasaan sedih dan gembira. Dan amat mengharukan sentiasa membantu antara satu sama lain walaupun pada yang sama ada antara kami jugak berada dalam situasi yang tidak begitu baik. Demi persahabatan yang terjalin,kami sama2 berkorban. Tidak aku jangka dapat memperolehi persahabatan dikalangan pelbagai kaum, dan mereka dilihat langsung tak segan dan begitu mesra dengan kami. Langsung tak kekok. Kadang2 aku tersenyum sendiri apabila mengenangkan saat2 kegembiraan kami. Aku bersyukur kepada ALLAH kerana menjadikan aku dalam kalangan mereka,aku bebas berjalan kemana sahaja,aku bebas berkawan dengan siapa sahaja tanpa mengira kaum tapi ada batasan disebalik pergaulan kami. Dan kebebasan yang diberi itu aku penuhi dengan sebaik mungkin untuk melihat dan berfikir dengan lebih mendalam untuk memajukan diri sendiri. Sesungguhnya apa yang ada disekeliling aku amat bermakna dan mereka semua ini lah pendorong bagi aku untuk terus hidup dan mencari ilmu yang seboleh mungkin menjadikan aku seorang anak, seorang pelajar dan seorang bangsa yang Berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat. Kesusahan hidup sebenarnya bukanlah penghalang untuk kita berhenti mencari ilmu ataupun berputus asa, malah kita harus menggunakan akal yang dikurniakan untuk memikirkan bagaimana hendak memajukan diri sendiri. Sampai bila kita nak menyalahkan takdir. Ingatlah bahawa setiap dugaan yang menimpa kita telah ALLH aturkan segala2 nya. Kita tinggal hanya untuk berusaha. Kini segalanya akan berubah. Semoga dipermudahkan segala2 nya.



"Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah."
"Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi."

No comments:

Post a Comment