Thursday, 24 May 2012

kredit to my self....

asssalammualaikum...

alhamdulillah hari aku berkesempatan bersolat hajat dan membaca yassin di masjid...kredit to my sis HANIS ZAFIRAH..
teruja sangat bila dapat dengar ceramah dari IMAM MUDA UST. HIZBUR...
sebenarnya malam nie tiba2 terasa hiba sangat2 bila buka facebook
tergerak hati dok tengok wall orang dan sangat terkejut bila terlihat sesuatu.,.
MOHD DURRAHMAN engaged with NURSHATILA....OMG.....
nape na terkejut?? cemburu kah anda????
bukan jauh sekali nak mencemburui kebahgiaan orang lain...malah sebagai seorang sahabat aku gembira akhirnya sahabat aku ni bakal menjadi isteri orang tak lama lagi...tahniah..
tapi aku cukup terkilan dan sampai sekarang aku masih tertanya2 dalam diri aku,ape salah aku sampai sekarang aku dengan dia seperti musuh dalam selimut...bila aku kenang kembali saat2 zaman sekolah menengah dulu,aku jadi semakin sedih...tapi xpe la...walau apa pun aku mendoakan kebahgiaan die bersama insan yang bakal menjadi suami dia suatu hari nanti..insyaallah..

Andai Rasulullah Melihat Aku Ber'Facebook' | iluvislam.com discover the beauty of islam

Andai Rasulullah Melihat Aku Ber'Facebook' | iluvislam.com discover the beauty of islam

Monday, 21 May 2012

futsal time


10- 11 may 2012
Futsalicious camp 2012
Dpp tradewinds UUM

-tak kenal maka tak cinta..tue lah orang kata kan..bila kita tak kenal orang tue macam spekulasi kita buat terhadap orang tue..macam2 halangan yang aku tempuh untuk menyertai kem ni..alhamdulillah lepas join program ni yang pada mulanya aku menganggap aku dipaksa untuk melibatkan diri dalam kem ni tapi aku rasa cam happening bila join and rasa cam nak lama lagi dalam kem ni..serius aku cakap..dari kem nie la merapatkan aku dengan kawan2 aku dan senior2 yang selama nie aku ingat amatlah teruk di mata aku, tapi aku silap dalam menilai dorang..betapa besar dosa yang aku da buat selama nie..btw nie lah pengalaman sem 2 yang aku akan ingat sampai bila2-
 
*thanks to my friends who are always support me
- WAN FATIMAH SOFIAH A.K.A CHOY







Sunday, 20 May 2012

my false!!


Aku perlu lakukan sesuatu
Aku perlu perbetulkan segalanya
Aku perlu fikir ape yang akan berlaku
Aku perlu renung kembali kehidupan yang telah aku lalui
Aku perlu mencari kembali sinar dalam hidupku yang semakin kelam

-kini aku perlu lakukan sesuatu sampai bila nak macam nie-
-hidup aku perlu diteruskan-
-sampai  bila na terus main2  macam  ni-

                                          Jiwa aku semakin kacau

solat sunat dhuha


SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:


"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

 
 
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.