Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera salam satu
Malaysia (amboi kemain ag)
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana member
kesempatan pada aku untuk berjaga di malam hari(malam ke pkul 4 pagi)
hahahhaha..sesungguhnya ape yang aku buat adelah satu cabaran besar untuk aku
tanggung buat beberapa hari ini..sanggup ke aku nak tanggung tue sume? ( =( )
Dunia percintaan penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan. Yea
satu masa dulu aku mengatakan aku akan kuat menghadapi segala2 nya, tapi kini
aku tak kuat menghadapi itu sume..aku sendiri tak tahu kenapa jiwa aku semakin
sensitive. .(yea sensitive) banyak kali da bagi tahu tapi still cam buat tak
tahu..jadi aku decide untuk deactive FB aku untuk menghilangkan diri buat
seketika..berapa lama?? Tak tahu lagi.. maafkan aku kerana memblock no dari
call n msg..aku tahu ape yang aku dengari dari mulutmu kalau tak bukan kata
kemaafan dan perjanjian yang selama nie kau tak pernah nak percaya..bukan itu
yang aku minta dari kau..kau sendiri tahu ape yang aku mahu tapi perbuatan kau
dan rakan2 kau seolah2 mencabar pendirian aku..jadi untuk mengelakkan setan
terus menghasut aku untuk membuat perkara yang tak sepatutnya lebih baik aku
mengadu pada yang Ilahi dan mendiamkan diri. Aki sendiri tak tahu ape yang akan
berlaku pada aku selepas ni?? Menangis?? Eeewww tak mau da na nangis, (tapi
nape ade airmata meleleh mase ni) huhu tangisan kegembiraan ..hahahahha. perlu
ke na nangis sedangkan kau sedang nyenyak tidur,makan dengan kenyang, bersuka
ria bersama teman2, sedangkan aku ….adilkah bagi aku?? Tapi its ok I will face
the problem that I have make it..(betul ke ayat ni, argh lantak la) J aku cuba untuk
mengawal emosi aku buat mase ini..aku tak
mahu rakan2 ku yang lain, aku takmahu simpati dari orang..sepatutnya aku
kesian kan diri aku terlebih dahulu, sebab aku da banyak sangat bawak diri aku
nie berbuat dosa..mungkin ini satu petunjuk dari Allah yang mengatakan kau
bukan milik aku, dan kau bukan lah empunya tulang rusuk yang terbentuknya
aku….bukan sekali petunjuk itu hadir tapi berkali-kali…peluang?? Da banyak
peluang aku bagi..kau sendiri tahu kan..ini adelah kali ketiga…dank au sendiri
faham maksud itu…kepada kau, jangan risau akan diri aku, aku tidak akan
melakukan perkara yang sama EX GF kau pernah buat kat aku satu masa dulu
sekiranya kau ditakdirkan bertemu dengan gadis yang lain..ya!! mungkin aku akan
tersentap sedikit,tapi insyaallah aku akan kawal emosi aku dan akan
memperingatkan diri aku bahawa kau bukan milikku lagi…huhuhu(macam lirik lagu
pulak aku rase).. sejujurnya aku redha dan pasrah dengan ape yang jadi..mungkin
belum tiba masa aku untuk merasa kebahagiaaan….mungki ini satu jalan yang akan
membebaskan aku dan juga semestinya kau untuk terus berhibur di muka bumi
ini..tapi akun harap kau tak lupa pada arwah bapa kau yang sentiasa menanti2
doa dari kau……selamat tinggal buat kenangan yang selama ni kau tinggalkan kat
aku………………….
Tarik nafas…lepas..tarik..lepas…..huhuhu( buat muka lega
sekejap)
Ok sempena hari yang penuh dengan keberkatan tambah lagi
pada bulan yang mulia ini, insyaallah aku cuba membawa diri kearah kebaikan
yang selama ni aku cuba cari tapi biasa lah setan takkan pernah berhenti nak
dekat ngan aku kan..aku mohon ALLAH sentiasa bersama aku,kuatkan iman dan
semangat aku untuk terus berjihad dimuka buminya ini. Dia menjadi saksi segala
perbuatan aku selama ini yang membuatkan aku kadang2 malu untuk berhadapan
dengan-Nya. Tapi sampai bila aku hendak berjauhan dengan DIA..DIA yang
menciptaku,DIA yang merencana semua2 nya..mungkin ade sesuatu untuk aku pada
masa hadapan..ape die?? Wallahualam…salam Jumaat buat semua muslimin dan
muslimat..
No comments:
Post a Comment